ASM meterai taja jamin dengan M&A Securities untuk IPO - Utusan Malaysia

ASM meterai taja jamin dengan M&A Securities untuk IPO

CHAN Kok Heng (tiga dari kiri) bersama Ketua Kewangan Korporat M & A Securities, Gary Ting (dua dari kanan) selepas menandatangani perjanjian taja jamin sebagai persediaan untuk Tawaran Awam Permulaannya (IPO).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ASM Automation Group Berhad (ASM), pakar terkemuka penyelesaian jentera automasi di Malaysia menandatangani perjanjian taja jamin dengan M & A Securities Sdn. Bhd. (M&A Securities) sebagai persediaan untuk Tawaran Awam Permulaannya (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

ASM memperoleh kelulusan Bursa Securities untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 20 Februari 2025.

Pengarah Urusan ASM Automation, Chan Kok Heng berkata, pemeteraian perjanjian taja jamin dengan M & A Securities menandakan satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan IPO syarikat.

“Modal yang dikumpul akan membolehkan kami mengukuhkan lagi jejak operasi kami, terutamanya melalui pengembangan kemudahan pembuatan kami, pembelian mesin baharu, pemasangan jentera demonstrasi dan penyenaraian pembangunan yang sah ini bukan sahaja mampu untuk pertumbuhan syarikat.

“la juga menyediakan pentas untuk ASM meningkatkan impaknya di seluruh Malaysia dan pasaran luar negara kita,” katanya dalam kenyataan.

IPO ASM terdiri daripada terbitan awam sebanyak 128.34 juta saham baharu, mewakili 24 peratus daripada modal saham terbitan kumpulan yang diperbesarkan sebanyak 534.77 juta saham, serta tawaran untuk penjualan 53.48 juta saham sedia ada bersamaan dengan 10 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan

Di bawah perjanjian taja jamin, M & A Securities akan menaja jamin 37.44 juta saham, terdiri daripada saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia dan Orang Yang Layak di bawah Peruntukan Borang Merah Jambu.

Baki 144.39 juta saham akan diserahkan kepada pelabur terpilih dan Bumiputera oleh M & A Securities.

Hasil IPO akan disalurkan untuk mengembangkan kapasiti pengeluarannya, memperoleh jentera termaju, dan mempergiatkan usaha Reka Bentuk dan Pembangunan (D&D) untuk menyokong teknologi automasi generasi akan datang.

M & A Securities Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk IPO manakala Eco Asia Capital Advisory Sdn. Bhd. ialah Penasihat Kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya