Sijil halal bantu tingkat jualan muruku, tart nanas

Sijil halal bantu tingkat jualan muruku, tart nanas

KARTINI Jalil turut menjual muruku dan tart nenas keluarannya di kafe dan kiosk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan muruku dan tart nanas keluaran DHASTINIZ meningkat sehingga RM4,000 sebulan selepas menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 16 Jun tahun lalu.

Pengurus syarikat, Kartini Jali, 47, berkata, dia juga adalah usahawan di bawah bimbingan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

“Saya mengambil peluang mendapat pensijilan halal bagi meluaskan pasaran dan bengkel berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Lebih membangggakan, kini, produk telah terjual di United Kingdom (UK) dibawah program Halal street,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kartini menjalankan perniagaan di Kampung Renggoh, Johol, Negeri Sembilan.

Antara produk yang dijual adalah tart nanas pada harga  RM16/19 keping, muruku kacang pis (RM12 /250 gram sebalang; RM7 paket), muruku gerigi (RM12/250gram: RM 7/paket), muruku udang (RM12/250g balang; RM7 paket).

Ketika ini, muruku dan tart nanas dijual di kafe, kiosk dan ejen dengan anggaran 70 hingga 80 balang.

Kartini turut menasihatkan agar usahawan terutama yang bermula dengan perniagaan dari rumah agar berusaha untuk mendapatkan sijil halal agar.

“Ini bagi membolehkan mendapat lebih kepercayaan pengguna dan memberi lebih banyak peluang memasarkan produk,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN