Moomoo Malaysia raih dua anugerah inovasi teknologi kewangan 

Moomoo Malaysia raih dua anugerah inovasi teknologi kewangan 

INDY Lau (kanan) menerima Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2025., baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (Moomoo Malaysia) menerima lebih 500,000 pengguna aplikasi broker digital, membolehkan Syarikat itu diiktiraf sebagai inovasi termaju dalam teknologi kewangan.

Moomoo Malaysia berjaya meraih dua anugerah iaitu Finetech- Brokeraj dan Finetech-Teknologi Kewangan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2025 yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Moomoo Malaysia, Indy Lau, penerimaan teknologi yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) semakin diterima ramai apabila menerima anugerah tersebut dalam tahun pertama mereka beroperasi.

“Dengan lebih 500,000 pengguna dalam masa kurang setahun, aplikasi ini menjadi nombor satu di Malaysia dari segi muat turun dan pengguna aktif, membuktikan kami berada di landasan yang betul,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, platform broker digital itu diterima baik kerana penggabungan analitik bertaraf institusi dan ciri dagangan berasaskan AI, dapat menembus pasaran global dengan lebih lancar dan mudah digunakan.

Tambahnya, antara ciri inovatif yang menjadi faktor kemenangan adalah perkhidmatan langganan tawaran awam permulaan (IPO) digital sepenuhnya dan alat Analisis Carta Candlestick berkuasa AI.

Dalam pada itu, Moomoo Malaysia turut meningkatkan literasi kewangan dengan inisiatif Moo Learn menawarkan lebih 700 sumber pendidikan percuma termasuk webinar dan tutorial interaktif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ivan Mok, visi Syarikat bukan hanya sekadar dagangan, malah mahu memperkasa rakyat Malaysia melalui pendidikan pelaburan berasaskan teknologi.

Platform tersebut mengumpulkan 2.7 juta tontonan, membuktikan ramai kalangan rakyat tempatan menginginkan pendidikan kewangan yang mudah diakses.

“Dengan adanya komuniti Moo yang sering bertukar pandangan dan mengadakan pembelajaran secara kolaboratif, aplikasi tersebut menerima lebih 25 juta pelabur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN