Kempen #RAYASTYLOWITHS70 tawar hadiah hingga RM42,000

Kempen #RAYASTYLOWITHS70 tawar hadiah hingga RM42,000

TEMPOH pertandingan #RAYASTYLOWITHS70 adalah dari 17 Mac 2025 hingga 18 April 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd. (Proton) menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan sambutan Hari Raya dengan gaya tersendiri dengan pertandingan #RAYASTYLOWITHS70, dengan peluang memenangi sebahagian hadiah wang tunai yang berjumlah RM42,000.

Pembuat kereta nasional itu dalam kenyataannya berkata, rakyat Malaysia dijemput untuk menggabungkan keanggunan sedan segmen C paling popular, Proton S70 dengan semangat meriah musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton S70 melambangkan transformasi, sama seperti semangat pembaharuan Hari Raya.

“Kami mahu rakyat Malaysia mentakrifkan semula gaya perayaan dengan kereta ini sebagai kanvas mereka.

“Sama ada tarian tular di tepi lampu depan LED atau pertemuan semula keluarga yang menyentuh hati di dalam kabinnya yang luas, kami teruja untuk melihat kreativiti memacu kempen ini,” katannya.

Proton berkata, kempen menarik di mana kreativiti peserta bertemu dengan tema perayaan itu terbuka tidak kira sama ada peserta seorang pencerita, peminat kereta atau ‘fashionista’ Raya yang berpeluang untuk bersinar, menjadi tular dan memenangi sebahagian hadiah wang tunai tersebut.

Katanya, pertandingan Raya Proton tahun ini meraikan transformasi, aspirasi dan intipati bergaya Proton S70.

“Lebih daripada sekadar kereta, Proton S70 adalah satu kenyataan. Lengkung aerodinamiknya, pencahayaan futuristik dan bahagian dalaman premium menjadikannya inspirasi yang sempurna untuk memupuk kreativiti pertandingan raya ini.

“Bayangkan latar belakang yang diinspirasikan daripada ketupat, pakaian raya yang glamor berlatarkan kemasan berkilatnya, atau pemanduan malam sinematik di bawah lampu pelita yang berkelipan,” ujarnya.

Tambahnya, rakyat Malaysia digalakkan untuk mencipta kandungan video pendek dengan had masa maksima 60 saat yang menonjolkan reka bentuk anggun kereta sambil merangkul kemeriahan musim raya.

Bagi menyertai dan memenangi pertandingan tersebut, Proton berkata, peserta wajib memuat naik video di TikTok (boleh memilih untuk memuat naik serentak ke platform media sosial lain) dan gunakan hashtag rasmi #RAYASTYLOWITHS70 dan tag @ProtonCarsOfficial.

“Penyertaan akan dinilai berdasarkan tiga video (platform tidak terhad) dengan jumlah suka tertinggi, menjadikan ini pertandingan yang mendebarkan dan interaktif.

“Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, RM5,000 dan RM3,000 untuk hadiah pertama, kedua dan ketiga, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Selain itu, Proton akan me­nonjolkan momen pertandi­ngan terbaik, menampilkan vi­deo paling menarik di seluruh platformnya. Peserta juga boleh menantikan aktiviti penglibatan khas sepanjang kempen,’ jelasnya.

Proton berkata, tempoh pertandingan adalah dari 12 pagi, 17 Mac 2025 hingga 11:59 pagi, 18 April 2025.

Untuk maklumat lanjut, orang rami boleh melayari https://www.proton.com/en/offers/raya-stylo-with-s70 dan ikuti @ProtonCarsOfficial di media sosial.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×