Hextar World di Empire City dijadual dibuka suku keempat 2025

Hextar World di Empire City dijadual dibuka suku keempat 2025

KETUA Pegawai Eksekutif NomNom Brands Sdn. Bhd., Tan Huang Ming; Pengarah Slope Master, Arthur Yap; Eddie Ong; Pengerusi Koperasi Industri Sukan Atlet Malaysia Berhad, Datuk Mohamad Fadzli Johan; Ketua Pegawai Eksekutif Hextar Luckin (M) Sdn. Bhd., Dr. Jeff Lim Chee Lip; dan Ketua Pegawai Operasi Cuisine Delight Sdn. Bhd. untuk Senkyaku Banrai, Ng Wei Shen menunjukkan dokumen perjanjian sewaan yang telah ditandatangani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hextar World di Empire City memeterai perjanjian penyewaan, menghimpukan ekskutif utama, peruncit dan rakan perniagaan lain.

Pusat beli belah itu dijadualkan untuk pelancaran pada suku keempat 2025, menandakan satu pencapaian utama dalam industri runcit dan gaya hidup Malaysia.

Diuruskan oleh Alliance Empire Sdn. Bhd., projek inovatif itu merupakan kerjasama antara Alliance Premier Sdn. Bhd., EXSIM Holdings Sdn. Bhd., JT Momentum Sdn. Bhd. dan Hextar Healthcare Berhad.

Antara penyewa utama ialah Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS) oleh Koperasi Industri Sukan Atlet Malaysia Berhad (KOPISAMB), sebuah gelanggang bersaiz olimpik yang bakal memperkasa sukan musim sejuk di negara ini.

Selain itu, taman air dalaman terbesar di Malaysia dengan konsep unik yang pertama seumpamanya, serta Slope Master, pusat latihan ski dalaman terbesar di negara ini, turut menjadi tarikan utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hextar Group, Datuk Eddie Ong berkata, Kumpulan berbangga membawa Hextar World ke Empire City, sebuah destinasi yang bakal mentakrifkan semula hiburan, gaya hidup, dan kehidupan malam di Lembah Klang.

“Dengan lokasi strategik dan akses mudah ke lebuh raya utama serta komuniti yang berkembang pesat, Hextar World direka sebagai hab dinamik di mana orang ramai boleh membeli-belah, menjamu selera, dan berehat – dalam satu tempat.

“Menjelang pembukaan awal kami pada suku keempat 2025, kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak jenama dan pengalaman menarik yang akan menjadikan Hextar World sebagai destinasi ikonik bagi penduduk tempatan dan pelancong,” katanya dalam kenyataan.

Hextar World di Empire City direka sebagai hab gaya hidup serba lengkap yang menawarkan pelbagai pengalaman membeli-belah, menjamu selera, dan hiburan.

Dengan keluasan bersih boleh disewa sebanyak 1.8 juta kaki persegi, ia dibahagikan kepada enam zon unik, memenuhi pelbagai minat pengunjung.

Pembangunan ini menampilkan lebih 600 pilihan runcit, hiburan, dan makanan, termasuk pasar raya seluas 28,000 kaki persegi untuk keperluan harian serta ruang hiburan lebih daripada 450,000 kaki persegi yang dipenuhi dengan pelbagai tarikan. Dengan 9,100 ruang parkir, pengunjung dapat menikmati pengalaman yang selesa dan mudah dari ketibaan hingga kepulangan.

Daya tarikan lain termasuk pusat boling, jalan sukan dan bar, serta pengalaman edutainment interaktif untuk setiap lapisan masyarakat.

Sebagai pusat runcit dan gaya hidup Empire City, Hextar World dikelilingi oleh pembangunan bercampur yang meriah, termasuk enam menara suite komersial, empat menara pejabat, dua menara hospitaliti, dan tiga hotel.

Ia juga berhubung terus dengan 18 kawasan perbandaran mewah dalam radius 10 kilometer dan menikmati akses mudah ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Penchala Link melalui Lebuhraya Sprint, memberikan kemudahan bagi urusan kerja, santai, dan keperluan harian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN