Richiamo Coffee lancar dua produk baharu sempena PIFF

Richiamo Coffee lancar dua produk baharu sempena PIFF

DATUK Zamry Abu Samah (dua dari kiri) bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (tiga dari kiri) dan pengusaha serta pereka fesyen, Rico Rinaldi (lima dari kiri) sempena Festival Franchise Antarabangsa Pernas (PIFF) baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Richiamo Coffee Sdn. Bhd. mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra dan pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal Rico Rinaldi sempena Festival Franchise Antarabangsa Pernas (PIFF) baru-baru ini. 

Dua produk baharu yang diperkenalkan sempena PIFF itu dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Datuk Muhamad Zamry Abu Samah berkata, kolaborasi dengan dua jenama terkenal itu bakal membawa satu dimensi baharu kepada jenama Richiamo Coffee.

“Kolaborasi dengan De Xandra dan Rico Rinaldi dijangka memberi pembaharuan dan impak kepada para peminat kedua-dua jenama tersebut,” katanya. 

Menerusi kolaborasi itu De Xandra akan mengeluarkan pewangi edisi khas untuk Richiamo Coffee dan hanya boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee dan Richiamo Mart di seluruh negara.

Sementara itu, kolaborasi dengan Rico Rinaldi pula bakal memperkenalkan beg tangan eksklusif Richiamo Coffee.

Muhamad Zamry berkata, kolaborasi Richiamo Coffee dengan dua jenama itu akan meningkatkan pola pelanggan untuk memiliki dua produk yang diperkenalkan ke seluruh cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara.

Ketika ini, katanya Richiamo Coffee memiliki hampir 230 cawangan di seluruh negara.

Muhamad Zamry menjelaskan, pengenalan dua produk sempena PIFF juga menjadi batu loncatan kepada Richiamo Coffee, De Xandra dan Rico Rinaldi untuk menembusi pasaran luar tempatan dan luar negara.

“Saya berharap kolaborasi ini akan membawa Richiamo Coffee, De Xandra dan Rico Rinaldi ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×