Enam kesalahan pembeli rumah yang perlu dielakkan

Enam kesalahan pembeli rumah yang perlu dielakkan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMBELI rumah adalah keputusan besar yang memerlukan perancangan teliti dan pemahaman mendalam. 

Pelaburan dalam hartanah boleh menjadi langkah bijak jika dilakukan dengan betul, tetapi tanpa perancangan yang teliti, ia boleh menjadi beban yang besar. 

Apabila ingin membeli rumah, terdapat pelbagai sebab sama ada untuk tempat tinggal sendiri atau sebagai pelaburan. 

Jika untuk didiami, ia mungkin rumah permulaan atau rumah naik taraf. Jika untuk pelaburan, ia boleh bertujuan untuk mendapatkan aliran tunai yang stabil atau keuntungan sekali sahaja melalui penjualan. 

Oleh itu, Ringgit minggu ini bersama pakar hartanah, Ahyat Ishak berkongsi enam kesalahan pembeli rumah yang perlu dielakkan supaya anda dapat membuat keputusan lebih bijak dan mengelakkan masalah di kemudian hari.  

Membeli kerana janji manis 

Jangan mudah terpengaruh dengan janji keuntungan tinggi atau pulangan lumayan tanpa kajian kerana penjual hanya menjalankan tugas mereka, manakala pembeli harus lebih berhati-hati. 

Membeli rumah kerana janji manis tanpa analisis yang teliti adalah satu kesilapan besar.

Membeli berdasarkan janji masa depan

Jangan beli rumah hanya kerana projek masa depan seperti Transit Aliran Ringan (MRT) atau pusat komersial yang belum pasti dibina.   

Pembeli sepatutnya mempertimbangkan nilai hartanah berdasarkan keadaan semasa. Jika projek masa depan menjadi kenyataan, itu satu bonus, tetapi jika tidak, pelaburan tersebut masih perlu masuk akal.  

Terlalu fokus pada lokasi

Memang benar lokasi adalah faktor penting, tetapi ia bukan segala-galanya. Jika harga terlalu tinggi, keuntungan daripada sewa atau kenaikan nilai rumah mungkin terhad.  

Harga belian atau entry price adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan sebelum melihat lokasi.  

Tidak jelas tujuan pembelian 

Pembeli perlu tahu dengan jelas tujuan mereka membeli rumah, sama ada untuk didiami, disewakan atau dijual pada masa depan, tujuan ini menentukan jenis hartanah yang sesuai.  

Jika pembeli tidak jelas dengan tujuan mereka, mereka mungkin membeli hartanah yang tidak sesuai dengan keperluan atau matlamat kewangan mereka.  

Kelulusan pinjaman tidak bermakna mampu

Ramai membeli rumah hanya berdasarkan kelayakan pembiayaan bank, bukan kemampuan sebenar kerana tidak ramai orang faham konsep layak dan mampu

Walaupun bank meluluskan pinjaman, mereka mungkin tidak mampu menanggung bayaran bulanan akibat kos sara hidup dan keutamaan lain.

Beli kerana ingin cepat kaya   

Hartanah bukan skim cepat kaya, tapi skim yang memerlukan jangka masa panjang supaya dapat peningkatan serta pulangannya. 

Pembeli juga perlu bersedia untuk kemungkinan kenaikan kadar faedah yang boleh meningkatkan bayaran bulanan serta mempertimbangkan kos tambahan seperti cukai tanah, cukai pintu, insurans rumah dan yuran penyelenggaraan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN