BANGI: emart24, rangkaian kedai serbaneka Korea popular telah menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi dua e-kafé miliknya pada 1 Februari lalu. Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Holdings Sdn. Bhd., Vuitton Pang berkata, dua cawangan tersebut adalah di cawangan Southville dan e-kafé emart24 Vista Alam, Shah Alam. “Memenuhi keperluan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. “Mendapatkan pensijilan halal adalah langkah penting dalam komitmen kami untuk menawarkan makanan Korea yang…