AmBank Group rekod untung RM1.48 bilion

AmBank Group rekod untung RM1.48 bilion

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AMMB Holdings Berhad (AmBank Group) melaporkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) bagi tahun kewangan 2025 berjumlah RM1.48 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2024. 

Menurut kenyataannya, ini merupakan pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus tahun ke tahun, berbanding RM1.39 bilion bagi tempoh sama dalam tahun kewangan 2024.

Nisbah pinjaman terjejas kasar (GIL) kekal stabil pada 1.67 peratus, dengan nisbah perlindungan kerugian pinjaman (LLC) (termasuk rizab pengawalseliaan) sebanyak 101.8 peratus.

Jumlah pinjaman kasar, pendahuluan dan pembiayaan meningkat 2.2 peratus kepada RM137.1 bilion dari awal tahun sehingga kini (YTD) (TK24: RM134.1 bilion), didorong terutamanya oleh Perbankan Perniagaan (+RM4.2 bilion atau +9.7 peratus).

Ia sebahagiannya diimbangi oleh pertumbuhan pinjaman yang lebih rendah dalam perbankan runcit (-RM0.8 bilion atau -1.2 peratus YTD), manakala pertumbuhan pinjaman perbankan borong kekal tidak berubah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jamie Ling berkata, pihaknya menyampaikan satu lagi suku pendapatan yang kukuh dan keputusan untuk tempoh sembilan bulan ini adalah memberangsangkan. 

“Kami menyampaikan pertumbuhan pinjaman yang kukuh, terutamanya daripada perbankan perniagaan, sambil menyederhanakan pertumbuhan dalam perbankan runcit untuk nyah risiko dan menggunakan semula sumber modal kami dengan lebih menguntungkan, selaras dengan strategi WT29. 

“Tahap kecairan kami terus mencukupi, manakala tahap modal kekal kukuh. Kami akan terus memberi tumpuan kepada keutamaan strategik utama, dan melaksanakan tahun pertama strategi WT29 dengan baik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN