SOP sasar pendapatan RM1.5j dari pasaran China

SOP sasar pendapatan RM1.5j dari pasaran China

CHAN Foong Hin pada majlis penghantaran produk tokotrienol premium AvantHealth Avtriee ke China di pejabatnya di Q Sentral di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sarawak Oil Palms Group (SOP) menyasarkan pendapatan kira-kira 2.4 juta yuan (RM1.5 juta) pada tahun ini bagi AvantHealth Avtriee, produk tokotrienol premiumnya yang mencapai kejayaan pada platform e-dagang di China.

Ketua Pegawai Operasi SOP, Eric Kiu Kwong Seng berkata, jumlah tersebut melibatkan kira-kira 10,000 botol makanan tambahan itu yang sudah memasuki pasaran e-dagang China mulai bulan ini.

Katanya, inisiatif ini memperkukuh nilai minyak sawit sebagai sumber yang mampan dan berfokuskan kesihatan, menyumbang kepada kesejahteraan global sambil memacu pertumbuhan ekonomi di negara ini.

“Acara hari ini adalah bukti visi SOP untuk memacu pertumbuhan dan inovasi yang mampan.

“Kami berbangga untuk menyampaikan produk Malaysia berkualiti tinggi ke peringkat global, bermula dengan langkah penting ini ke pasaran China,” katanya pada majlis penghantaran produk tersebut ke China di pejabatnya di Q Sentral di sini, semalam.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.

Foong Hin berkata, tumpuan untuk mempromosikan produk bernilai tinggi, meneroka pasaran baharu dan membangunkan penggunaan inovatif untuk minyak sawit memastikan industri kekal berdaya tahan dan dinamik.

Menurutnya, penghantaran AvantHealth Avtriee ke China menunjukkan usaha kementerian untuk meningkatkan industri minyak sawit Malaysia melebihi penggunaan tradisionalnya.

“Tokotrienol, sejenis vitamin e yang banyak terdapat dalam minyak sawit, mempunyai manfaat kesihatan yang ketara, termasuk mengurangkan keradangan dan bertindak sebagai antioksidan.

“Dengan usaha kerjasama kerajaan dan perusahaan Malaysia dan China, Pentadbiran Am Kastam China telah memberikan kelulusan penuh pada Mac 2024 untuk tokotrienol untuk digunakan dalam aplikasi makanan di China.

“Penghantaran ini menandakan keupayaan Malaysia untuk memimpin dalam inovasi yang mampan, mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran global sambil memupuk hubungan perdagangan yang teguh dengan China. Ia merupakan detik yang membanggakan bagi industri perladangan Malaysia,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN