Salad Atelier sasar sijil halal untuk dapur berpusat

Salad Atelier sasar sijil halal untuk dapur berpusat

LEE Tek Loong (tengah) pada majlis pelancaran cawangan Salad Atelier yang baharu di Permata Sapura Tower di sini, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Restoran makanan sihat, Salad Atelier menyasarkan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dapur berpusat dan katering mereka pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Multi Brands Food Empire (MBFE) Sdn. Bhd. dan Pengasas Salad Atelier, Lee Tek Loong (Dylan Lee) berkata, pihaknya telah menghantar permohonan pada awal Disember tahun lalu untuk pensijilan halal.

“Bagi saya, keperluan untuk mendapatkan pensijilan halal penting terutama untuk dapur berpusat dan katering di mana ini merupakan tempat barangan makanan kami mula disediakan.

“Kami sedang menunggu permohonan tersebut dan diaudit oleh pihak Jakim. Saya merasakan ia satu keperluan mendapatkan pensijilan halal untuk menjalankan perniagaan makanan di Malaysia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Salad Atelier bakal membuka 22 cawangan dan kini sudah mempunyai 31 cawangan di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Jelas Dylan, Salad Atelier bermula pada 2014 sebagai sebuah restoran yang menawarkan pilihan makanan yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia sebagai respon terhadap peningkatan yang ketara dalam kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini.

“Di Salad Atelier kami ingin mencabar orang ramai dengan pilihan makanan yang lebih sihat mereka dan menikmati bahan-bahan yang sebenar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Kami menyediakan salad dan sandwich hingga makanan tempatan yang membuktikan bahawa makanan sihat boleh berwarna-warni, penuh rasa, berpatutan dan sama sedap seperti hidangan tempatan,” katanya.

Salad Atelier juga merupakan restoran pilihan untuk makan sihat tanpa membebankan bajet pelanggan turut menyediakan cenderahati barangannya seperti botol minuman, baju dan tote beg.

Sementara itu, pihak Salad Atelier turut menyasarkan dua kali ganda pertumbuhan jualan syarikatnya pada tahun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×