MyEnergyStats jadi gerbang data terbuka sektor tenaga Malaysia

MyEnergyStats jadi gerbang data terbuka sektor tenaga Malaysia

FADILLAH Yusof (tengah) melancarkan portal MyEnergyStats yang merupakan gerbang data terbuka sektor tenaga di Malaysia di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Tenaga (ST) melancarkan portal MyEnergyStats yang merupakan gerbang data terbuka sektor tenaga di Malaysia sebagai pusat sehenti untuk statistik dan maklumat tenaga di negara ini.

Portal ini dibangunkan bagi mendigitalisasi data tenaga negara serta memastikan maklumat strategik lebih mudah diakses oleh pelbagai pihak, termasuk penggubal dasar, industri, penyelidik dan masyarakat umum.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,  portal MyEnergyStats dibangunkan semula untuk memastikan ia terus relevan, mesra pengguna dan setaraf dengan portal antarabangsa seperti yang dibangunkan oleh International Energy Agency (IEA) dan International Renewable Agency (IRENA).

“Bagi penggubal dasar, portal MyEnergyStats ini merupakan instrumen penting yang menyediakan data sebenar dan analisis untuk merangka dasar-dasar strategik. 

“Bagi pihak industri pula, portal ini menawarkan maklumat penting untuk membuat keputusan pelaburan strategik,” katanya yang merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Fadillah berkata, MyEnergyStats dapat membantu sektor swasta mengenal pasti peluang dalam peralihan tenaga, termasuk teknologi baharu yang menyokong agenda hijau negara. 

Jelasnya, ini bukan sahaja mengukuhkan daya saing industri tetapi juga menyokong usaha kolaborasi awam dan swasta ke arah pembangunan tenaga yang lestari.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ST, Datuk Ir. Ts. Abdul Razib Dawood berkata, inisiatif ini telah memberikan impak yang luas, khususnya dalam memenuhi keperluan domestik dan antarabangsa. 

Beliau memberi contoh, data-data yang diterbitkan diguna dalam pelaporan pelepasan gas rumah kaca (GHG) serta penyediaan Laporan Biennial Transparency Report (BTR) negara yang selaras dengan Perjanjian Paris.

“Data-data ini juga digunakan untuk menyokong pembangunan Dasar Tenaga Negara (DTN) serta pelan pelaksanaan berkaitan seperti Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) dan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR). 

“Malah, ia turut digunakan oleh badan antarabangsa seperti Asia Pacific Energy Research Centre (APERC) dalam laporan APEC Energy Demand and Supply Outlook serta ASEAN

Center for Energy (ACE) dalam laporan ASEAN Energy Outlook,” ujarnya.

Portal MyEnergyStats yang baharu ini menawarkan pelbagai ciri dan kemudahan terkini seperti visualisasi data yang lebih menarik, peta interaktif serta keupayaan pengumpulan data yang lebih sistematik. 

Aplikasi mudah alih MyEnergyStats juga boleh diakses di pelbagai platform dan dimuat turun oleh pengguna iOS, Android, dan HarmonyOS.

Portal ini juga menampilkan microsite AdiwiraST yang merangkumi kandungan yang interaktif dan mudah difahami serta menyokong silibus Kementerian Pendidikan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN