SEMANGAT untuk menyediakan keperluan terhadap anak-anak setelah punca pendapatan terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong Faridah Maunda, 53, untuk mencuba nasib dalam perniagaan membuat roti dan kuih atau biskut (cookies) pada 2020. Bermodalkan RM200, ibu kepada tiga orang anak itu membeli mesin pembuat roti terpakai pada harga RM100 dan selebihnya untuk membeli bahan-bahan bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan. Sambutan baik daripada jiran-jiran yang suka dengan roti dibuatnya, menjadikan wanita yang…