Sijil halal tingkatkan kepercayaan dan pasaran VETOMIN-M

Sijil halal tingkatkan kepercayaan dan pasaran VETOMIN-M

VETOMIN-M
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dunita International Sdn. Bhd., syarikat pengeluar produk makanan tambahan haiwan ternakan, kini berjaya memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk produk inovasinya, VETOMIN-M pada November 2024.

Produk itu yang diperbuat daripada minyak kelapa dara, direka khas untuk meningkatkan kesihatan dan daya tahan haiwan ternakan.

  Pengarah Urusannya, Siti Sofiah Ramli berkata, keputusan untuk mendapatkan sijil halal didorong oleh keperluan memastikan produk syarikat mematuhi prinsip syariah. 

“Pada hari ini, pensijilan halal adalah suatu kewajipan bagi syarikat yang ingin berkembang, terutamanya dalam memenuhi keperluan pasaran domestik dan antarabangsa. 

“Pensijilan itu juga membuka peluang luas kepada syarikat untuk bekerjasama dengan pelbagai Pengeluar Peralatan Asal (OEM) makanan haiwan di Malaysia

“Dengan sijil halal, produk kami kini boleh ditawarkan tanpa keraguan dan memenuhi kepercayaan pelanggan,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Ujarnya, cabaran utama adalah kerana produk syarikat bukan dalam kategori makanan manusia, dan proses permohonan yang melibatkan tujuh Unit Penyimpanan Stok (SKU), termasuk makanan tambahan dan multivitamin ini memerlukan perancangan teliti. 

“Bagaimanapun, dengan bantuan Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), proses ini menjadi lebih mudah,” katanya. 

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada agensi kerajaan seperti Bioeconomy Corporation, MARDI, dan HDC atas sokongan berterusan mereka. 

“Kami amat berterima kasih atas bantuan dalam pemasaran dan pengembangan produk halal seperti VETOMIN-M,”

“Kini, Dunita International telah menembusi 70 peratus pasaran tempatan dengan adanya sijil halal itu sehingga kini dan bercadang untuk memperluaskan pasaran ke Brunei, Indonesia, dan Kazakhstan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN