PETALING JAYA: Peningkatan purata nilai dagangan harian sebanyak 65 peratus di Bursa Malaysia pada tahun ini merupakan pencapaian signifikan yang mencerminkan keyakinan pelabur terhadap pasaran modal tempatan, didorong oleh pelbagai faktor domestik dan global. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, peningkatan itu disebabkan oleh pertambahan pelaburan daripada pengurus pelabur asing, serta institusi pelaburan tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji (TH). …










