PETALING JAYA: Malaysia akan mula fasa pertama mengeksport tenaga boleh baharu (TBB) ke Singapura dengan kapasiti 50 megawatt (MW) pada Disember 2024, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Kementerian dalam kenyataan berkata, satu majlis menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sembcorp Power Pte Ltd (Sembcorp Power) yang disaksikan oleh wakil kerajaan kedua-dua negara telah diadakan di PETRA semalam. Katanya, pembekalan elektrik…










