BERMULA daripada sekadar hobi memasak bersama, siapa sangka lapan sahabat itu berjaya mengubah kehidupan mereka dengan perniagaan Lidah Boya Rangup yang semakin mendapat permintaan ramai. Menurut pengasas bersama Lidah Boya Rangup, Khaironi Ahmad Daud berkata, idea untuk memulakan perniagaan ini tercetus secara tiba-tiba kerana mereka sering memasak bersama-sama. “Pada mulanya, kami sekadar memasak untuk suka-suka sahaja untuk mengisi masa lapang ketika bosan apabila kumpul bersama-sama. “Namun, setelah berkongsi kepada kenalan…










