PETALING JAYA: Musim banjir terburuk yang sedang melanda Malaysia kini memberi impak yang minimum terhadap pengeluaran minyak sawit mentah (MSM), dengan negeri-negeri yang terjejas (kecuali Melaka) masih menyumbang sehingga 49.1 peratus daripada pengeluaran MSM negara antara Januari hingga Oktober 2024, menurut TA Securities. Firma penyelidikan berkata, walaupun banjir telah menjejaskan sebahagian ladang syarikat perladangan utama seperti FGV Holdings, IOI Corporation dan Kuala Lumpur Kepong, harga MSM telah melonjak. “Harga kontrak…










