BANDAR pintar merupakan satu pembangunan penempatan manusia yang mengintegrasikan teknologi, data, infrastruktur bandar dan kelestarian alam untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk. Pendekatan reka bentuknya perlu holistik, mementingkan data elemen penting untuk sesuatu pendekatan dan solusi perancangan dibuat. Ia juga perlu fleksibel dan mudah diadaptasi berdasarkan panduan data dan kecerdasan buatan (AI). Sehubungan itu, Pengarah VERITAS Design Group, Ar. Azril Amir Jaafar berkata, pembangunan bandar pintar perlu mempunyai infrastruktur yang baik. …