PETALING JAYA: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mencapai paras tertinggi dalam tempoh kira-kira 35 bulan, susulan kadar pengumuman inflasi yang pada 1.9 peratus yang lebih rendah daripada jangkaan pada Ogos. Pada 5 petang semalam, mata wang negara naik kepada 4.1470/4.1570 berbanding dolar AS daripada 4.2050/4.2110 ketika ditutup pada Isnin. Kali terakhir ringgit mencapai 4.1470 berbanding dolar AS adalah pada 2 November 2021. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat…










