Powerwell terima kontrak projek pusat data Indonesia

Powerwell terima kontrak projek pusat data Indonesia

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Powerwell Holdings Bhd. melalui anak syarikat milik penuhnya, Powerwell International Sdn. Bhd. menerima kontrak bernilai RM13.26 juta daripada PT Duta Listrik Graha Prima untuk pembekalan papan suis voltan rendah untuk projek pusat data Indonesia.

Menurut pemfailan di Bursa Malaysia, Powerwell berkata, kontrak itu dijangka dipenuhi menjelang Mei 2025.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan keseluruhan dan aset bersih Powerwell untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 dan seterusnya.

“Syarikat tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan kontrak itu dan syarikat akan mengambil langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko tersebut,” katanya.

Tambahnya, lembaga pengarah Powerwell, setelah mempertimbangkan semua aspek dalam surat setuju terima (LOA) dan berpendapat bahawa LOA adalah menyumbangkan kepada kepentingan terbaik syarikat.

Pengarah Eksekutif (Jualan dan Pemasaran) Powerwell berkata, syarikat teruja untuk meneruskan pengembangannya ke pasaran Indonesia dengan kemenangan kontrak ini.

Katanya, Kerajaan Indonesia melabur banyak dalam infrastruktur digital, termasuk pembangunan empat pusat data Tahap 4 nasional yang bertujuan untuk menyokong ekonomi dan perkhidmatan digital negara.

“Powerwell berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong pertumbuhan ini dengan penyelesaian elektrik kami yang boleh dipercayai dan inovatif.

“Kontrak ini mengukuhkan keupayaan kami untuk menyampaikan dalam pasaran pertumbuhan tinggi di luar Malaysia dan menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pemain utama dalam landskap pusat data Asia Tenggara.

“Kami akan terus melobi untuk lebih banyak peluang dalam pasaran yang berkembang maju ini sambil berusaha untuk mengukuhkan kehadiran kami dan menyumbang kepada transformasi digital rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN