PETALING JAYA: Mitsubishi Corporation komited untuk meneruskan pelaburan dalam Malaysia LNG (MLNG) Dua dan MLNG Tiga, sekali gus mengukuhkan kerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) yang sudah terjalin selama 46 tahun. Petronas dalam kenyataan berkata, perjanjian baharu itu juga mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap keupayaan syarikat nasional tersebut untuk menyampaikan gas asli cecair (LNG) ke pasaran antarabangsa dengan tumpuan utama kepada pelanggan di Jepun. Perjanjian itu menggariskan pelaburan Mitsubishi Corporation dalam…










