PETALING JAYA: Pertumbuhan pendapatan isi rumah di Malaysia lebih perlahan dalam tempoh pasca pandemik berbanding dekad sebelumnya, menurut laporan terkini Khazanah Research Institute (KRI). Laporan The State of Households 2024: Households and the Pandemic 2019-2022 (SoH 2024) mendedahkan, walaupun terdapat peningkatan dalam pendapatan isi rumah pada 2022, kadar pertumbuhannya adalah jauh lebih perlahan berbanding trend sebelum pandemik, selain masih berada di bawah jangkaan potensi. “Pendapatan median adalah 12 peratus di…










