Pelaburan bantu merevolusi industri padi dan beras negara - Utusan Malaysia

Pelaburan bantu merevolusi industri padi dan beras negara

MOHD. Adib Hasanain Ahmad (kanan) memeriksa dron pertanian sebelum menerbangkannya untuk pembajaan di sawah miliknya di Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah-langkah pelaburan yang diambil oleh kerajaan akan merevolusikan dan meningkatkan lagi industri padi dan beras negara, kata Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Syarikat yang menjaga industri padi dan beras tempatan itu berkata, usaha itu bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi tempatan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup petani.

“BERNAS sedang membangunkan sistem pengurusan ladang untuk memantau sawah padi berskala besar dengan lebih cekap, yang seterusnya disokong oleh sistem pengesanan awal penyakit dan serangan pada padi.

“Kami kekal komited untuk memenuhi kewajipan sosialnya untuk memastikan keselamatan makanan negara, di samping terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi mengekalkan kestabilan dan ketersediaan bekalan beras untuk rakyat Malaysia,” demikian menurut kenyataan.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan merancang beberapa projek mega dalam sektor pertanian termasuk pro­jek raksasa tanaman padi fasa pertama, dengan nilai keseluruhan projek berjumlah RM5 bilion.

Projek berkenaan akan menekankan untuk meningkatkan hasil padi bagi pesawah terlibat serta menaikkan taraf hidup mereka.

Tambahnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memberi fokus terhadap peningkatan pengeluaran padi beras negara.

Mengulas lanjut, BERNAS berkata, pengumuman tepat pada masanya itu melengkapkan usaha berterusan pihaknya sebagai satu daripada pemain utama yang memacu pelaksanaan program Sawah Padi Berskala Besar (SMART SBB) untuk memajukan dan membangunkan industri padi dan beras tempatan.

“Selaras dengan usaha Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (MAFS) untuk memacu produktiviti sektor padi negara, BERNAS melalui program SMART SBB telah menerima pakai penggunaan internet kebendaan (IoT) dan mekanisasi moden

“Inisiatif ini akan meningkatkan pengeluaran padi dan beras tempatan, memacu pertumbuhan dan penggunaan teknologi termaju, berpotensi menarik generasi muda untuk terlibat dalam industri pertanian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×