Pasaran saham dibuka tinggi pagi ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham dibuka tinggi pagi ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.52 mata kepada 1681.71 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,678.19 pada penutup Isnin.

Indeks dibuka tinggi pada 1677.82.

Jumlah dagangan sebanyak 80.968 juta unit bernilai RM35.254 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 157 berbanding 79 dengan 255 kaunter tidak berubah dan 1,936 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham dijangka dibuka berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap momentum pertumbuhan ekonomi negara China.

“Data terkini menunjukkan sentimen perniagaan, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan merosot ke paras 49.1 mata pada Ogos berbanding 49.4 mata pada bulan sebelumnya.

“Indeks ini juga telah kekal dibawah paras 50 mata bagi tempoh empat bulan berturut-turut. Berdasarkan analisis teknikal, indeks FBMKLCI sudah pun berada dikawasan terlebih beli atau overbought.

“Justeru, aktiviti pengambilan untung berkemungkinan berlaku dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN