KUALA LUMPUR: Tindakan Malaysia Aviation Group (MAG) mengurangkan rangkaian penerbangannya, Malaysia Airlines, Firefly dan Amal bermula 19 Ogos hingga Disember perlu dilakukan untuk kumpulan itu kembali bangkit lebih kukuh tahun depan. Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Izham Ismail berkata, langkah tersebut adalah sukar tetapi perlu untuk memastikan penerbangan selamat dan boleh dipercayai serta menstabilkan operasinya. Katanya, MAG merupakan sebuah syarikat penerbangan yang meletakkan keselamatan sebagai perkara paling utama dan tidak…










