PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) ingin mengingatkan orang ramai berwaspada terhadap peningkatan kes penipuan dan digesa berhati-hati terhadap skim pelaburan mencurigakan, terutamanya yang menawarkan pulangan pelaburan yang kelihatan menarik. Menurut kenyataannya, laporan media terkini menunjukan skim pelaburan Forex yang telah didakwa menipu kira-kira 400 individu dengan kerugian sekitar RM100 juta. “Ini menekankan keperluan untuk kesedaran yang lebih tinggi dan ketelitian sebelum membuat keputusan pelaburan. “Oleh itu,…










