KEMAMAN: Kemaman Liquid Mud Plant (KLMP) Sdn. Bhd. komited dalam menyediakan perkhidmatan penyimpanan serta pemprosesan bahan kimia bagi industri minyak dan gas di negara ini susulan pembukaan kilang baharunya di Teluk Kalong. Pengerusi Eksekutif KLMP, Tengku Shahriman Tengku Ibrahim berkata, kilang baharu yang beroperasi di Dermaga Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) akan dinaik taraf dengan kapasiti simpanan sebanyak 21,300 tong berbanding 16,000 tong di kilang sebelum ini di Dermaga Sukma Samudra.…










