Kayman Beauty sasar pasaran antarabangsa

Kayman Beauty sasar pasaran antarabangsa

PRODUK daripada Kayman Beauty.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUAH syarikat kosmetik tempatan, Kayman Beauty terus melangkah jauh dengan merancang untuk menembusi pasaran kosmetik di peringkat antarabangsa. 

Pengasas Kayman Beauty, Fatin Nabila Khairul Anuar berkata, jenama ini mempunyai rancangan untuk meneroka ke pasaran luar dan memastikan produknya diterima baik di peringkat antarabangsa.

“Saya percaya dengan usaha keras ini yang dilakukan, jenama saya akan melangkah lebih jauh menembusi pasaran antarabangsa. 

“Tidak lama lagi, Kayman akan menembusi beberapa pasaran Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam. 

“Perluasan pasaran ini dilakukan dengan kerjasama peruncit seperti Guardian yang memiliki rangkaian di luar negara. Kami sudah memiliki perjanjian eksklusif dengan rangkain farmasi itu untuk menggunakan potensi mereka membawa produk kami ke luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia

Jelas Nabila, pe­ngem­bangan melalui jualan peruncitan itu memberikan cabaran yang baharu kepada mereka kerana melibatkan pengedaran stok yang lebih besar.

“Lagi banyak lokasi yang kami dapat masuk melalui Guardian maka lagi banyak pendapatan yang kami boleh capai tetapi tetap memiliki cabaran dari segi penjenamaan.

“Untuk tahun ini, kami sudah sedia maklum bahawa jenama mula dikenali dan kuat. Itu membuatkan kami lebih yakin untuk pasarkan produk ke rangkaian farmasi itu. 

“Memasuki corak pasaran ini, sangat membantu kami dari segi jualan dan tidak lagi perlu untuk risau kerana ia mampu untuk terjual sendiri tanpa memerlukan promosi yang agresif,” ujarnya. 

Tambahnya, Kayman mensasarkan jualan sebanyak RM9 juta pada tahun ini dengan memfokuskan kepada produk keluaran baharu mereka.

“Tahun ini kami  tidak memiliki banyak perancangan untuk melancarkan banyak produk, kami lebih fokus kepada produk yang baru dilancarkan iaitu pelembab. 

“Kami nak orang ingat betul-betul produk itu, baru kami akan mengeluarkan produk-produk baharu.

“Kami cuba belajar daripada kesilapan dari tahun lepas di mana kami mengeluarkan banyak produk sehingga tidak dapat memberi kesan ingatan kepada pembeli,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN