PETALING JAYA: Bursa Malaysia diunjur meningkat kepada 1,720 mata menjelang akhir tahun ini susulan prospek domestik yang lebih baik, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB). Firma penyelidikan itu menyemak naik sasaran akhir 2024 bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) Bursa Malaysia daripada 1,680 mata sebelum ini. Menurutnya, mereka kekal optimis mengenai prospek domestik Malaysia tetapi berhati-hati terhadap faktor luaran. “Mengambil kira keseimbangan risiko (domestik dan antarabangsa), kami menaikkan sasaran…










