JOHOR BAHRU: EthisX Advisory (EXA) melabur RM200 juta dalam Kencana Healthcare Sdn. Bhd., (KHSB) dan Andorra Healthcare Berhad (AHB) bagi membina dan mengendalikan Hospital Pakar Andorra di atas tanah wakaf di Bandar Baru Uda, di sini. Pelaburan itu adalah pencapaian penting AHB dalam mengumpul dana bagi mengendalikan hospital yang bakal menyediakan 300 katil itu. Pembiayaan itu bagi memenuhi pelan pembangunan serta kos operasi Hospital Pakar Andorra, termasuk membiayai peralatan perubatan…