BMW Malaysia perkenal BMW 520i M Sport baharu - Utusan Malaysia

BMW Malaysia perkenal BMW 520i M Sport baharu

BMW 520i M Sport
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BMW Malaysia memperkenalkan BMW 520i M Sport baharu, sekaligus memperluaskan lagi barisan model BMW 5 Series pemasangan tempatan menerusi varian baharu itu bermula pada harga RM349,800 tanpa insurans.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, BMW 5 Series merupakan tonggak utama legasi berprestij jenama BMW.

“Keunggulannya dalam segmen sedan perniagaan premium bersaiz sederhana bukan hanya kerana prestasi dan kemewahan yang diperakui, tetapi juga bukti kepercayaan yang diraih oleh BMW 5 Series daripada pemandu berpengalaman di seluruh dunia.

“Kepopularan dan signifikannya yang berterusan dalam portfolio BMW ditekankan menerusi fakta bahawa setiap BMW kelima yang dijual merupakan BMW 5 Series.

‘Sehubungan itu, kami amat teruja menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dengan kehadiran BMW 520i M Sport baharu, seterusnya meneruskan legasi kejayaan serta kepercayaan yang telah dibina bersama pelanggan di sini,” katanya dalam kenyataan.

Dengan penambahan pakej M Sport, BMW 520i M Sport baharu membawakan penampilan sporti dan gaya yang lebih menyerlah daengan pakej M Sport.

“Ini menambahkan daya tarikan dinamik BMW 5 Series yang sedia ada, memberikan pelanggan di Malaysia kuasa memilih varian model yang bersesuaian dengan cita rasa mereka sendiri.

“Lampu hadapan LED adaptif dan gril kidney dengan Sinaran Ikonik BMW memberikan BMW 520i M Sport baharu profil hadapan yang memukau, manakala rim aloi ringan dua jejari M bersaiz 19 inci 935 M Bicolour menonjolkan profil sisinya.

“Tambahan lagi, penampilan keseluruhan luaran diserlahkan dengan tambahan kemasan garis bayang berglos tinggi M,” katanya.

Dari segi sistem bantuan pemanduan pula, model itu didatangkan dengan bantuan pemanduan tambahan iaitu sistem bantuan pemanduan berasaskan kamera dan radar, yang turut merangkumi Kawalan Pelayaran Aktif dengan fungsi Berhenti dan Jalan.

“Selain mengesan kenderaan di hadapan, sistem itu juga mengesan kenderaan yang berhenti, justeru membrek kenderaan secara automatik dan memberhentikan kenderaan jika perlu.

“Bukan itu sahaja, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong yang membantu pemandu kekal di tengah lorong dengan intervensi stereng pembetulan.

“Amaran Keluar Lorong dengan fungsi kembali ke lorong pula, mengesan garisan lorong pada kelajuan melebihi 70 km per jam dan menghantar getaran melalui stereng. Turut disertakan sebagai ciri standard adalah bantuan parkir tambahan,” katanya.

Jelasnya, bagi ketersambungan, model itu juga dilengkapi dengan Kokpit Profesional Langsung BMW, Perkhidmatan Sambungan Pemanduan, telekhidmat, panggilan kecemasan pintar, Pakej Sambungan Profesional, serta integrasi Apple CarPlay dan Android Auto.

“Tempat pengecasan tanpa wayar memastikan telefon pintar sentiasa berkuasa semasa dalam perjalanan.

“BMW 520i M Sport Baharu ditawarkan dalam pilihan warna luaran seperti Hitam Safir Metalik (Black Sapphire Metallic), Putih Mineral Metalik (Mineral White Metallic), Kelabu Oksida Metalik (Oxide Grey Metallic), dan Hijau Cape York Metalik (Cape York Green Metallic).

“Sementara itu, pilihan upholsteri adalah Veganza Perforated dan Quilted Black, serta Veganza Perforated dan Quilted Espresso Brown,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN