Benefigs Arus fokus kembang perniagaan buah tin

Benefigs Arus fokus kembang perniagaan buah tin

MOHAMAD Hafidz Arifin ingin menjadi pembekal buah tin terbesar di Asia Tenggara menjelang 2028.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Benefigs Arus Sdn. Bhd., pengeluar produk berasaskan buah tin memberi tumpuan kepada pengembangan pasaran halal dengan memohon pensijilan halal dari­pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  yang dijangka akan diperoleh menjelang Oktober 2024.

Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutifnya, Mohamad Hafidz Arifin berkata, Benefigs berhasrat untuk memperkukuh asas perniagaan dan pengurusan syarikat dalam memastikan pengembangan mampan.

“Kami ingin menjadi pembekal buah tin terbesar di Asia Tenggara menjelang 2028 de­ngan sasaran pengeluaran sehingga satu tan sehari.

“Ini sekali gus akan mening­katkan sumbangan syarikat kepada industri halal yang semakin berkembang di Malaysia dan rantau ini.

“Keputusan untuk me­nembusi pasaran halal adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk memastikan produknya boleh dinikmati oleh lebih ramai pengguna, terutamanya dalam kalangan ma­syarakat Islam” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, selepas mendapatkan sijil halal, mereka meletakkan sasaran untuk menembusi pasar raya dan membolehkan orang ramai mendapatkan produknya dengan mudah dimana-mana sahaja.

“Dengan pensijilan itu, produk kami seperti nasi lemak sambal buah tin, teh daun tin dan aiskrim buah tin akan dapat dipasarkan di pasar raya utama di seluruh negara.

“Perniagaan halal ini pen­ting kerana ia bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran domestik, tetapi juga memberi peluang kepada Benefigs untuk memperluaskan pasaran mereka ke peringkat global. 

“Pensijilan halal bukan sahaja memberi jaminan dari sudut kepatuhan syariah, tetapi juga meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti dan kebersihan produk yang ditawarkan.

“Perniagaan halal yang dijalankan ini berpotensi memperkukuh kedudukan kami di pasaran tempatan, sekali gus membina laluan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa dengan penekanan kepada inovasi dan kepatuhan kepada standard halal,” kata­nya.

Tambahnya, dengan soko­ngan program ILTIZAM Catalyst oleh Ekuinas yang di­sertai baru-baru ini, Benefigs berhasrat untuk memperkukuh asas perniagaan dan pengurusan syarikat dalam memastikan pengembangan mampan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN