Vista Adesa tawar perumahan berkualiti gaya minimalis

Vista Adesa tawar perumahan berkualiti gaya minimalis

VISTA Adesa dibangunakan dengan GDV sebanyak RM 365 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RADIUM Development Berhad menawarkan pembangunan perumahan rumah mampu milik di Lembah Klang, Vista Adesa @ Desa Timur (Vista Adesa), yang merupakan sebahagian daripada projek besar Residensi Desa Timur memberikan akses perumahan yang berkualiti dengan gaya minimalis kepada bakal pembeli. 

Pengarah Urusan Kumpulan, Radium Development Berhad, Datuk Gary Gan berkata, projek Vista Adesa mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 365 juta. 

Katanya, pembangunan itu bakal menawarkan 1,218 unit pangsapuri di atas tanah seluas 4.8 hektar dan ditawarkan dengan harga RM300,000. 

“Unit perumahan ini terdiri daripada dua unit blok dan mempunyai saiz binaan 800 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Penduduk unit ini akan menikmati reka bentuk dalaman yang ringkas dan menawarkan kebebasan kepada pembeli untuk mengolah dan menghiaskan kediaman impian mereka mengikut cita rasa mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Gary berkata, Vista Adesa yang terletak di  Sungai Besi itu mempunyai lokasi strategik serta kemudahan yang mudah diakses. 

“Pembangunan itu berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti IKEA Cheras, NU Sentral, dan Sunway Velocity.

“Kawasan itu juga berhampiran dengan restoran, sekolah dan hospital serta dihubungkan dengan baik ke lebuh raya utama. 

“Ia termasuk Lebuhraya Sungai Besi (SBE), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju (MEX) dan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat,” katanya. 

Tambahnya, perumahan ini turut menawarkan kemudahan asas sambil menikmati lanskap yang indah dan menyegarkan. 

“Dengan kemudahan asas yang tersedia seperti kolam renang, padang terbuka, taman permainan kanak-kanak dan gim mampu memberikan ruang kepada penhuni untuk mencergaskan badan dan minda mereka. 

“Perumahan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada suku ketiga 2027 dan orang ramai yang berminat boleh melihat kelayakan memohon dan mendaftar melalui laman web, https://residensiwilayah.jwp.gov.my,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×