MFS81 Global Trading sasar pasaran eksport

MFS81 Global Trading sasar pasaran eksport

MOHD. Farhan Sabry (kanan) bersama pekerjanya menunjukkan daging salai yang siap proses untuk pasarkan kepada pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MFS81 Global Trading optimis untuk menembusi pasaran eksport ke Thailand bagi produk daging salai sedia dimakannya setelah menerima pensijilan halal yang dijangka hujung tahun ini.

Pengasasnya, Mohd. Farhan Sabry, 43, berkata, syarikat yang mula memperkenalkan produk terbaharu tersebut sejak awal tahun ini telah mohon pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu.

Katanya, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat bagi memperoleh pensijilan tersebut yang memerlukan modal untuk peralatan dan penambahbaikan di lokasi pemprosesan sedia ada.

“Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan dapat memudahkan proses untuk mendapatkan pensijilan halal ini supaya perniagaan ini dapat pergi lebih meluas lagi termasuk pasaran eksport.

“Buat masa ini, kami sudah mendapat permintaan daripada Selatan Thailand untuk produk daging salai ini. Pensijilan halal dapat membantu kami untuk pergi lebih jauh lagi,” katanya ketika kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

MFS81 Global Trading yang beroperasi di Mata Ayer, Kangar, Perlis itu menggunakan daging lembu tempatan yang diternak oleh mereka sendiri untuk dijadikan daging salai tersebut.

Mohd. Farhan berkata, pihaknya memastikan produk yang dikeluarkan berkualiti dengan membela lembu sehinggalah kepada produk akhir itu sendiri iaitu daging salai yang sedia dimakan untuk membuat sandwich atau makan dengan nasi.

“Buat masa ini, kami mampu mengeluarkan tiga tan daging salai dalam masa sebulan. Jika kami dapat pensijilan halal nanti, kami yakin dapat meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran sehingga 10 tan sebulan, peningkatan sebanyak tujuh tan.

“Ini bagi memenuhi permintaan di pasaran eksport ke Thailand dan juga di pasaran tempatan dengan lebih meluas lagi termasuk ke pasar raya,” ujarnya.

Dia yang bermula dengan perniagaan telur masin pada semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 memberitahu, daging salai tersebut kini dipasarkan di kedai sekitar Perlis serta ejen di beberapa negeri termasuk Selangor.

Tambahnya, daging salai tersebut juga boleh didapati di platform Shopee di KeDai Cow yang dijual pada harga bermula RM13.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×