PETALING JAYA: Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) sentiasa komited memastikan semua perniagaan dibawah Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah sah, tulen serta mematuhi semua keperluan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Menurut kenyataannya, komitmen itu merupakan satu usaha berterusan yang ditegakkan, khususnya dalam memerangi pengubahan wang haram dan jenayah pembiayaan keganasan. Jelasnya, ini memandangkan Malaysia adalah anggota Asia/Pacific Group on Money Laundering (APG) dan Pasukan Petugas…










