PETALING JAYA: Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr. Chai Kee Kan melawat Mauritius untuk meneroka potensi peluang perniagaan. Pada lawatan tersebut Chai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Mauritius Primary Agriculture Producer Business Cooperative Society (MPABP Cooperative Society) bagi meneroka pelbagai bidang kerjasama dan peluang perniagaan. MoU ini bertujuan untuk memudahkan kerjasama dan meningkatkan operasi perniagaan yang akan memberi manfaat kepada…










