KDNK 2024 berpotensi lebih 5.0 peratus tahun ini - HLB - Utusan Malaysia

KDNK 2024 berpotensi lebih 5.0 peratus tahun ini – HLB

PENGARAH Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, Kevin Lim ketika bercakap pada pembentangan penuh tahun 2024 keputusan kewangan Hong Leong Bank di Menara Hong Leong Bank, Bukit Damansara di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Bank Berhad (HLB) tidak menolak kemungkinan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini melepasi lima peratus iaitu lebih tinggi dari unjuran bank tersebut pada empat hingga lima peratus.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam berkata, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang menggalakkan sebanyak 5.1 peratus pada separuh pertama 2024.

Katanya, tinjauan pertumbuhan dijangka kekal menggalakkan menjelang separuh kedua tahun ini dan berkemungkinan berada dalam julat atas unjuran pertumbuhan rasmi sebanyak empat hingga lima untuk 2024.

“Unjuran kami adalah antara empat hingga lima peratus tetapi ada kemungkinan akan melepasi paras lima peratus. Kami agak positif dengan pertumbuhan KDNK negara buat masa ini,” katanya ketika ditemui pada taklimat media di Menara Hong Leong di sini, semalam.

Beliau berkata, pertumbuhan akan terus disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan sebagai pasaran buruh terus bertambah baik, manakala pemulihan lanjutan dalam permintaan global memberikan dorongan tambahan.

Jelasnya, risiko peningkatan daripada potensi limpahan daripada peningkatan teknologi global dan pelaksanaan projek yang lebih pantas mungkin akan mengurangkan risiko penurunan akibat ketidaktentuan geopolitik yang berlarutan dan risiko kelembapan di China.

Mengulas mengenai ringgit pula, Kevin mengekalkan unjuran kumpulan pada RM4.4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini.

“Unjuran ini dibuat sewaktu ringgit berada pada RM4.5 berbanding dolar AS. Buat masa ini, ringgit sudah capai di bawah RM4.4 tetapi kami masih lagi mengekalkan unjuran yang sama.

“Pada tahun depan, saya rasa anda akan menjadi lebih sukar. Kami akan tampil dengan pandangan baharu untuk tahun depan,bergantung pada pemotongan kadar faedah AS yang dijangkakan pada September ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN