PETALING JAYA: Ringgit mencecah RM4.61 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam, terbaik Januari lalu, didorong sentimen Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menurunkan kadar faedahnya pada bulan September ini. Pada pukul 5 petang, ringgit ditutup kukuh pada 4.6150/4.6200, berbanding 4.6370/4.6410 yang direkodkan pada Isnin. Mata wang negara pernah menyusut seketika melepasi 4.8 berbanding dolar AS semasa sesi dagangan pada pada 20 Februari lalu sebelum ditutup pada 4.7975/8000. Ringgit pernah mencecah paras…










