PMB Investment sasar AUM RM1.6 bilion tahun ini

PMB Investment sasar AUM RM1.6 bilion tahun ini

HANG Tuah Amin Tajudin ketika ditemui di pejabat PMB Investment baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PMB Investment Berhad (PMB Investment), anak syarikat sepenuhnya milik Pelaburan MARA Berhad menyasarkan pertumbuhan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak 15 peratus iaitu sehingga RM1.6 bilion menjelang akhir tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Pelaburan PMB Investment, Hang Tuah Amin Tajudin berkata, syarikat kini menguruskan 19 dana amanah dan beberapa mandat persendirian tersebut mempunyai jumlah AUM bernilai RM1.5 billion. 

Katanya, syarikat juga menyasarkan beberapa lagi mandat persendirian dan penambahan satu hingga dua lagi dana amanah baharu pada 2024 dan 2025.

Jelas Hang Tuah, sasaran tersebut juga akan didorong  pertumbuhan dari agensi peruncitan, agensi institusi dan juga jualan korporat.

“Sejak kebelakangan ini, AUM PMB Investment telah meningkat dari RM1.39 billion pada akhir 2023 kepada RM1.51 billion pada 30 Jun 2024, iaitu peningkatan sebanyak8.6 peratus.

“Berbaki lagi enam bulan ini, kita menjangkakan mengalami peningkatan AUM lagi sebanyak enam peratus kepada hingga RM1.6 billion,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. 

“Setakat ini daripada jumlah RM1.5 bilion AUM itu, sebanyak 40 peratus atau lebih kurang RM600 juta daripadanya adalah mandat persendirian.

Menurut Hang Tuah, pihak PMB Investment akan memfokuskan untuk menambahkan AUM, terutama daripada mandat persendirian pada tahun ini dan juga pada tahun 2025. 

Dalam pada itu, PMB Investment telah meraih pendapatan sebanyak RM17.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, manakala keuntungan sebelum cukai (PBT) adalah RM318,000. 

“Kami turut menyasarkan pendapatan kewangan pada akhir 2024, sebanyak RM27.9 juta, peningkatan sebanyak 57 peratus dari 2023. Ini didorong oleh peningkatan dari pendapatan dari pertumbuhan dana amanah dan mandat persendirian.

Sementara itu, PMB Investment juga sedang dalam usaha untuk melancarkan dana baharu menjelang akhir tahun ini untuk memfokuskan kepada sektor teknologi.

“Antaranya berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan melibatkan teknologi semikonduktor dan yang berkaitan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN