Pesawat pertama Malaysia Airlines A330neo siap dicat

Pesawat pertama Malaysia Airlines A330neo siap dicat bendera Malaysia

PESAWAT pertama Malaysia Airlines A330neo selesai proses mengecat badan di bengkel cat Airbus di Toulouse, Perancis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesawat pertama Malaysia Airlines A330neo selesai proses mengecat badan di bengkel cat Airbus di Toulouse, Perancis baru-baru ini, mempamerkan bendera Malaysia yang merupakan simbol utama syarikat penerbangan itu.

Airbus berkata, penyelesaian fasa mengecat menandakan pencapaian penting dalam perjalanan pengeluaran pesawat tersebut. 

Katanya, pesawat tersebut akan dilengkapi dengan enjin Rolls-Royce Trent 7000 yang canggih dan menjalani ujian prestasi sebagai persediaan untuk penerbangan pertamanya.

“Pada tahap ini, semua sistem kabin juga akan diuji dengan teliti. Ini termasuk pemeriksaan menyeluruh aliran udara dan penyaman udara, pencahayaan, dapur, tandas, tempat duduk dan sistem hiburan dalam penerbangan.

“Serentak itu, Airbus akan menjalankan ujian prestasi umum lanjutan untuk memastikan pesawat tersebut memenuhi semua spesifikasi dan sedia untuk penyerahan. 

“Malaysia Airlines dijangka menerima pesawat A330neo pertamanya pada suku ketiga tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Pengenalan A330neo merupakan komponen penting dalam strategi pembaharuan armada Malaysia Aviation Group (MAG), yang bermula pada tahun 2022 dengan pemilihan 20 buah pesawat A330neo. 

Pesawat A330neo Malaysia Airlines akan berkhidmat laluan merentasi Asia, Oceania dan Asia Barat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×