PETALING JAYA: Jumlah penduduk Malaysia pada 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada 2023 dengan kadar pertumbuhan 1.9 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penduduk warganegara meningkat daripada 30.4 juta pada 2023 kepada 30.7 juta pada 2024 dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan 0.7 peratus daripada 0.8 peratus pada tahun sebelumnya. “Penduduk bukan warganegara menunjukkan trend yang sama dengan kadar pertumbuhan…