PUTRAJAYA: Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan membangunkan rangka kerja komprehensif untuk mengakreditasi dan memprofesionalkan kursus pendek berkaitan teknologi dan kelayakan mikro. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, rangka kerja tersebut bakal memberi kemudahan kepada pelbagai laluan pengiktirafan dan pembangunan profesional. Menurut beliau, inisiatif itu juga adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara 2030. “MBOT dengan mandatnya secara unik akan memastikan bahawa laluan alternatif…










