PETALING JAYA: KHPT Holdings Berhad (KHPT), pembekal alat ganti pengeluar automotif tempatan menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE. Berdasarkan draf prospektus, KHPT akan melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) yang melibatkan terbitan awam sebanyak 108.6 juta saham biasa baharu (saham terbitan awam) dan tawaran untuk penjualan 38.2 juta saham biasa sedia ada. Menurut kenyataannya, daripada 108.6 juta tersebut, 78.5 juta saham terbitan awam…










