KUALA LUMPUR: Halogen Capital, pengurus dana aset digital berlesen pertama Malaysia, memperkenalkan dana mata wang kripto patuh syariah pertama di dunia. Pengenalan itu memberi kuasa kepada pelabur seperti individu yang bernilai tinggi dan pelabur institusi yang mencari strategi tersuai untuk menerokai pasaran aset digital yang sedang berkembang dan kini mempunyai paras pasaran kira-kira RM11 trilion melalui struktur amanah saham biasa. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital, Liew Ooi Hann…