PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menjadi bank rasmi pertama dipilih oleh Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM) untuk membantu usahawan melalui Program Keusahawanan Muslim ‘Sandbox: The Entrepreneur Kick Start 2024’. Program itu melibatkan kerjasama dalam pembangunan usahawan muslim, perkongsian kolaboratif dan penawaran kemudahan perkhidmatan kewangan kepada usahawan di seluruh Malaysia. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, bank bersedia untuk melatih 30,000 usahawan…










