Sektor teknologi dijangka positif separuh kedua

Sektor teknologi dijangka positif separuh kedua

TA Research mengekalkan panggilan ‘overweight’ dalam sektor teknologi berdasarkan jangkaan pemulihan permintaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TA Research menjangkakan anjakan positif dalam sektor teknologi di Malaysia pada separuh kedua tahun ini.

Menurut nota penyelidikannya, ini disokong oleh jangkaan pemulihan dalam permintaan semikonduktor global dan peluang lencongan perdagangan yang semakin meningkat disebabkan oleh strategi China Plus One.

Katanya, Persatuan Industri Semikonduktor juga mengunjurkan pertumbuhan dua angka dalam jualan semikonduktor untuk 2024.

“Sementara itu, inisiatif terbaharu kerajaan daripada Strategi Semikonduktor Kebangsaan, termasuk sokongan fiskal sekurang-kurangnya RM25 bilion insentif, dijangka terus meningkatkan sentimen semikonduktor tempatan.

“Ini menggalakkan pemain industri mempercepatkan usaha peningkatan dan peningkatan kemahiran mereka,” katanya.

Firma penyelidikan berkata, saham sektor teknologi di bawah liputan kami melaporkan hasil yang bercampur-campur pada suku pertama tahun ini.

Jelasnya, Rexit Berhad melaporkan keputusan melebihi jangkaan disebabkan oleh volum jualan yang lebih tinggi daripada jangkaan daripada perkakasan dan perisian sistem.

Sementara itu, Malaysian Pacific Industries Bhd. (MPI), Coraza Integrated Technology Bhd. dan Elsoft Research Bhd. melaporkan hasil yang di bawah jangkaan.

“Bagi MPI, keuntungan lebih rendah sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan yang lebih lemah merentas segmen pengguna dan komersial.

“Tiga syarikat iaitu Inari Amertron Bhd., Unisem (M) Bhd. dan SKP Resources Bhd. melaporkan keuntungan yang berada dalam jangkaan,” ujarnya.

TA Research berkata, secara keseluruhan, pihaknya mengekalkan panggilan ‘overweight’ dalam sektor teknologi berdasarkan jangkaan pemulihan permintaan, peningkatan peluang daripada lencongan perdagangan dan potensi berakhirnya kitaran kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS)

Firma penyelikan menyarankan ‘beli’ pagi saham Inari dengan harga sasaran (TP) RM4.30, Coraza (TP: RM0.69) dan Rexit (TP: RM1.26).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN