Capex domestik  Petronas dijangka lebih tinggi 

Capex domestik  Petronas dijangka lebih tinggi 

KERAJAAN menyasarkan penjimatan kira-kira RM7.2 bilion hingga RM7.5 bilion setahun dengan pelaksanaan subsidi bersasar diesel yang dilaksanakan sejak tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbelanjaan modal (capex) domestik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mungkin lebih tinggi pada 2024, kata Maybank Investment Bank Bhd.

Bank pelaburan berkata, ini setelah mengambil kira komitmen sasaran dividen yang lebih rendah sebanyak RM32 bilion untuk tahun ini, ditambah pula dengan unjurannya terhadap purata harga minyak mentah Brent yang stabil sebanyak AS$82 (RM385.9) setong untuk tahun tersebut.

Katanya, Petronas menduduki kedudukan tunai bersih sebanyak RM98.2 bilion pada akhir March 2024, daripada RM96.9 bilion pada akhir Disember 2023.

“Tinjauan Aktiviti Petronas Edisi ke-7: 2024-2026 menunjukkan prospek yang kukuh untuk tahun ini kerana kebanyakan subsegmen perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) dijangka menyaksikan peningkatan dalam pelaburan dan aktiviti,” katanya dalam nota penyelidikan.

Maybank Investment Bank berkata, capex keseluruhan Petronas pada suku pertama meningkat dua peratus tahun ke tahun kepada RM10.7 bilion, dengan 10 peratus dibelanjakan untuk penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan projek penyahkarbonan.

Menurutnya, bahagian capex yang diperuntukkan ke arah pelaburan huluan meningkat dengan ketara kepada 64 peratus pada suku sama daripada 46 peratus pada suku pertama 2023.

“Selain itu, capex domestik suku pertama meningkat kepada RM5.5 bilion (naik 20 peratus tahun ke tahun), lebih tinggi daripada asas yang telah dipertingkatkan pada suku pertama 2023 (naik 44 peratus daripada suku pertama 2022).

“Ini menunjukkan bahawa Petronas komited untuk memupuk ekosistem OGSE tempatan yang teguh pada masa persekitaran harga minyak mentah yang sihat dan tinggi,” ujarnya.

Bank pelaburan berkata, memandangkan  Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) telah meramalkan permintaan tertinggi untuk minyak mentah pada 2024 dan 2025, pihaknya berpendapat persekitaran harga minyak mentah yang meningkat akan kekal untuk jangka sederhana.

“Kami kekal positif pada sektor ini dengan unjuran harga jualan purata (ASP) Brent sebanyak AS$82 (RM385.9) setong untuk 2024 (dari awal tahun sehingga kini adalah pada AS$83.5 (RM393) setong),” ujarnya.

Tambahnya, saham utama yang disarankan ‘beli’ pada sektor minyak dan gas adalah Velesto dan Dialog.

Sebelum ini, Petronas telah memperuntukkan capex antara RM50 bilion dan RM60 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×