Aset rizab rasmi Malaysia AS$113.59 bilion pada Mei 2024

Aset rizab rasmi Malaysia AS$113.59 bilion pada Mei 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aset rizab rasmi negara ini berjumlah AS$113.59 bilion setakat akhir Mei 2024, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.0 juta, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat berkata, butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (lIMF).

Menurutnya, pada masa masa sama, keadaan itu turut memberi jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Mei 2024 tetap boleh guna” katanya menerusi kenyataan pada hari ini.

BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing.

“Antara lainnya termasuk pembayaran balik berjadual peminjam luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara yang berjumlah AS$16.19 bilion,” katanya.

BNM berkata, kedudukan  jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, sekali gus mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sehubungan itu, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek dan unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.39 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah AS$400.8 juta.

“Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen dan tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain,” katanya.

BNM menegaskan pihaknya  juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×