PETALING JAYA: UUE Holdings Berhad (UUE) memeterai perjanjian pengunderaitan dengan M & A Securities Sdn. Bhd. (M & A Securities) untuk tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Menurut kenyataannya, IPO terdiri daripada terbitan awam sebanyak 124.9 juta saham biasa baharu dalam UUE dan tawaran untuk penjualan 37.4 juta saham UUE sedia ada. Katanya, daripada 124.9 juta saham terbitan awam, 30.4 juta…










